kehidupan umpama pelangi yang indah, terpancar pada dada langit tujuh warna. kehidupan umpama lelayang terbang melayang, terbang bebas tanpa ada visa dan pasport. kehidupan umpama pasar riuh rendah, ondoh bikin kita ongkah, pada fikir pening kepala. kehidupan umpama ombak lautan, ondak menggunung menghempas sisir pantai, terhembus persis mutiara pasir pantai nan indah. kehidupan tanpa moyos dan nista, mengonyok diri mencari identiti pada realiti, sedang kita tenggelam timbul pada orna fatamorgana. kendatipun kehidupan semakin menghimpit, hingga monotomi pada segala, kita perlu tekun dan tawakal pada Allah, kerana kita dicipta oleh Nya kembali kita pada Nya juga. mudasir kehidupan, onak duri pasti ada pada sifatnya, tidak lekang biar pada sesaat jua. fikirku seakan muhal, lidahku terkatip kelu, jasadku kaku diam membisu, melihat keliling warna dan rencah manusia. munci muncah, mat rempit apatah, keringat dikerah katakan 'tidak' namun tidak itu yang terus membara, ibarat api menyala, disimbah minyak makin marak membara. bukan tidak cakna, namun masing-masing lancing pada diri sehingga bangsa kita mumur, negara kita mumut. nyedarlah anak bangsa dari nyenyet yang indah itu. negara kita sudah nyonyeh setengah abad umurnya. hilangkan pemikiran silo, kita bangkit dengan oso, bersatu menegakkan anak bangsa, memacu negara bangsa kearah kegemilangan dasawarsa. oleh kita retrospeksi masa silam, ambil yang jernih, kita buang yang keruh. kotor bolor kita cuci biar bersih, kita guna bila putih...... salam- nusa bangsa negara MALAYSIA mohd tawfik 12.dis.2008 2.15 pm |
Khamis, 11 Disember 2008
retrospeksi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
yay idop tawfik
BalasPadamxsangka che phm
BalasPadamap ak tulis... hehe..
takut korang bosan nn sajak ak
yg xphm ap2.. ak tkr haluan wat poem
at least word ak gune biase2..
so korang phm... mklumlah english ak xpower mne..